Sunday, November 9, 2008

Outdoor@Serdang and Putrajaya

9 Nov 2008 - Hujung minggu yang takde aktiviti. Sejak aku dapat tag along bersama kawan UM dulu, Afdhal@D'Martoza..aku dah jadi macam gian lak nak amik gambar. Kena plak minggu tu takde sesapa antara Afdhal atau Dboy..takde job wedding. Jadi aku telah buat satu tawaran pada sorang kawan aku ni...Noorasyikin@Ekin, untuk menjadi model atau subjek aku dlm sesi fotografi outdoor. Tengok-tengok dia setuju. Apa lagi, aku pun suka riang dan gembira la. Tapi tak tunjuk la kat Ekin tu. Aku pun menyampaikan berita gembira ni pada kawan aku Dboy n abang ipar dia, Rahmat. (Sorry Afdhal, aku tak sempat nak ajak ko..agak2 last minit gak plan ni pun. Next time kay) Kita orang pun set berjumpa kat MAEP, Serdang. Mesti ada yang tak tau kan MAEP tu kat mana. MAEP tu ialah nama tempat untuk MAHA dilangsungkan..dekat je dgn MARDI dan UPM Serdang tu. Bila sampai je semua hujan pun start turun. Alhamdulillah, hujan rahmat tu. Kita org pun lepak la di persekitaran tu selepas aku bawa dia org ronda2 dlm MAEP tu. Mana la tau kot ada lokasi yang menarik untuk amik gambar.

Tp disebabkan hujan lebat, kawan2 aku ni tak nampak apa2. Jadi mereka pun tak minat nak amik gambar kat MAEP. Dboy cadang nak gi tgk kat ladang lembu UPM. Aku pun bawa la depa pi sana (ops, terkeluar loghat utara lak). Tp kita org takleh masuk sbb kunci. Hari Ahad konfem la tutup kan. Jadi, kita org shoot kat luar je dgn berlatar belakangkan pokok besar yang lawa ciptaan Allah s.w.t.

Dah puas je bergambar kat luar pagar ladang UPM tu, kita pecut gi...makan tghari kat Nasi Bariani Gam Putrajaya. Sbb lapar dah sgt, mmg tak sempat nak amik gambar tgh makan atau lauk yg kita org makan. Hehe. Boleh tahan gak harga dia. Huhu.

Lepas makan, terus gerak gi Putrajaya. Kita org park kat depan Masjid Putrajaya. Mak aih, ramai betul umat..dan ramai gak yang bergambar :) Kita org mulakan Roundabout besar dpn Mahligai Putrajaya.




Lepas tu kita orang turun ke Souk pula. Masa ni aku rasa ada satu event besar telah berlangsung. Membe aku plak jumpa Misya Omar kat situ. Esoknya bila aku cek kat internet, rupanya ada pertandingan luncur air. Patut la ramai kan.

Macam mana kita orang leh tak perasan. Cuba korang tengok kat gambar bawah ni. Ni kat dlm lif Souk..ada poster fasal acara tu. Aku tgk dlm gambar ni baru ler perasan. Hehe.

Sebelum nak bergerak ke jambatan Putrajaya yang cun melecun tu, tetiba aku dapat call dari Kak Suzy. Aku pun angkat la..terus dia tanya.." Ko watpe kat Putrajaya?". Aik, camna lak dia leh tau ni. Mesti ada kat sini. Akak tu pun terus bgtau aku suruh tgk kat belakang. Ler, tgh berpiknik tanpa husband rupanya. Dia dgn kawan dia bawa anak2 berpiknik kat Putrajaya. Apa lagi, aku pun sempat amik gamba anak dia. Aku suka tgk rambut anak dia yang original curly tu.
Akhirnya sesi fotografi ni berakhir pada pukul 9.00 malam kat bangunan depan Mahkamah yang ada Maybank tu.


Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer

Yon Photography

Members of Right Click
Tel: 018-2250208
Website: http://rightclickers.webs.com
E-mail: yon.photographer@gmail.com

Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography

No comments:

Post a Comment