Sunday, June 15, 2008

Ulu Yam Lama




































15 Jun 08 - Selalunya acara mandi manda kat sungai/air terjun ni..aku pergi dgn kawan2 aku je. Jadi, pagi 15 Jun tu, aku terasa terpanggil untuk bermesra dengan adik beradik dan bagi dia orang berseronok macam aku berseronok dgn kawan2 aku. Terus aku buat keputusan dan menyuarakan keputusan aku pada adik2 aku yang aku nak bawa mereka semua gi mandi sungai kat Ulu Yam. Aku sebenarnya rancang nak bawa kat tempat membe aku bawa ni..ada gelongsor batu semulajadi. Memang syok la kalu dpt gelongsor. Tempat dia tersorok sikit. Kena redah hutan sikit baru jumpa. Kat Ulu Yam Baru. Tapi bila pergi ke tempat tu, ada byk kete. Ermm..konfem la org dah amik port tu,


Jadi aku amik keputusan untuk bawa ke tempat lain plak..Ulu Yam Lama..iaitu jalan lama nak ke Genting Highland. Masa tu aku tak kenal lagi Sg Sendat. Kalu tak aku dah bawa ke sana dah. Dekat je dari Ulu Yam Baru. (Sebenarnya aku masih lagi konfius, mana satu Ulu Yam Baru dgn Lama. Kalu kawan2 tau, tolong komen/tegur ye.tq!).

Habis je mandi manda kat sana...kami bergerak semula ke umah. Tp masa tu dah gelap dah..perut pun berbunyi dan cacing mula mengorek2 perut kami mencari makanan. Jadi, aku pun teringin la nak bawa adik2 aku ni gi ke Bihun Sup yang aku selalu pekena dgn kawan2 aku kat Bdr Tasik Selatan.









Apa lagi, bila perut dah kenyang..semua bantai tido. Aku je tak tido sebab bawa kete. Akhirnya, pulanglah kami ke rumah dgn seribu satu kenangan. Walaupun aku masih tak mampu nak angkat DSLR..hp kamera pun jadilah buat kenangan. :-D

Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer
Yon Photography
Members of Right Click
Tel: 018-2250208
E-mail: yon.photographer@gmail.com
Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography