Tuesday, November 10, 2009

Sudah ada rumah baru ;)

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Ya, kini sy sudah ada rumah baru...rumah sendiri. Bukan rumah realiti, tapi rumah di alam maya. Sila kunjungi ke alamat berikut untuk mengikuti perjalanan hidup sy sebagai Jurugambar dan gambar2 terbaru. Terima kasih kerana menyokong sy selama ini.

http://yonphoto.com

Monday, February 9, 2009

Wedding Receiption of Ain and Aki

Pasangan: Ain Aqilah dan Zakiamime (Aki)
Lokasi: Tmn Sri Nanding, Bt9 Cheras










Untuk gambar ni, aku ucapkan pada sahabat aku Boboy, terima kasih banyak2 kerana bagi pinjam kamera Canon 400D ko. Aku tau dia sayang dgn kamera dia ni. Tp dia bagi gak pinjam kat aku. Thanks Boboy. Aku tak lupa hari perkahwinan ko nanti. Akan ku kenang jasamu sekeluarga.

Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer
Yon Photography
Tel: 018-2250208
Website: http://rightclickers.webs.com
E-mail: yon.photographer@gmail.com
Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography
http://photobucket.com/yonphotography

Sunday, November 23, 2008

Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharaan Melaka dan GeorgeTown

Acara: Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharaan Melaka dan GeorgeTown sebagai Tapak Warisan Dunia
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Lepas je amik gamba kat Majlis Perkahwinan Khatini dan Saiful...aku lepak kat umah Dboy, Flat DBKL Cheras. Malam tu aku tgk2 kan lah PC dia yang bermasalah tu. Aduh, letih kepala aku tgk PC dia. Selalu je hang dan mesti kena restart je. Rupanya masalah dia, drive C dah penuh sgt sampai space kosong tinggal bebrp KB je.

Tiba2 aku dpt sms dari Ekin, ajak lepak kat dataran dgn anak buah dia. Aku pun bgtau lah Dboy. Tp dia leh malas lak. Bebrp minit lepas tu, Dboy ni buka la TV...aku tgh duk kat dlm bilik air..mandi. Dboy pun jerit kat aku "Eh, kat dataran la ni. Ada majlis apa ni?" Aku pun ckp la penyerahan watikah pengisytiharaan bla bla bla. "Aku dah ckp dah yg ekin tadi ajak kita g dataran..ko tak nak". Dboy pun jawab "Dia tak bagitau ada apa kat Dataran Merdeka. Yon, jom kita gi Dataran Merdeka!!!" Aku pun apa lagi..."JOM!!!"

Kita org terus gerak naik motor gi sana dengan membawa senjata menembak (kamera dslr tau) kita org. hehe. Tp aku tak transfer lagi gamba2 wedding tu. Konfem la tak dpt amik gamba byk2. Huhu :( Masa kita org pergi tu, tak nak bagitau pun kat Ekin yg kita org dtg. Saje nak bagi dia terkezut. Sampai2 je kat sana...jalan ler kat area air pancut kat tepi dataran tu. Sekali tgk macam kenal je..rupa2nya Ekin. Aku dgn senyap2 duk kat sebelah dia. Taraaaa!!! Ermm...takde la dia terkejut sgt...tp lebih macam terpinga n tertanya.

Masa tgh amik gamba kat tgh2 Bangunan Sultan Abdul Samad tu, aku terjumpa membe forum www.carigold.com aku. Khairul nama dia. Aku mcm tak percaya je mamat ni dari Sunway dtg ke dataran sorang2. Gila kentang mamat ni..dah le jenis tak byk ckp. Mmg Lone Ranjer betul la dia ni. Tarahal nye lepak sorang2. Ke mencari jodoh kat situ. Hehe,. Ni la dia antara gamba yang sempat aku shoot dgn limited memori yg tinggal.


(Source: Photographed by Dboyfotopages)
Dari kiri: Dboy, Aku dan Khairul







Masa semua perarakan dah selesai, ada la beca dari Penang ni kumpul ramai2 kat tepi padang Dataran Merdeka ni. Ada ler budak2 kecik ni minat nak naik beca..tgh minta Nanu ni bawa mereka. Tak berapa drg perbualan mereka tapi seperti tawar menawar harga tambang beca kot. Sbb nampak Nanu tu tunjuk 2. Tak taulah 2 ringgit atau 2 orang je leh naik :) Korang agak2 apa?






Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer
Yon Photography
Tel: 018-2250208
Website: http://rightclickers.webs.com
E-mail: yon.photographer@gmail.com
Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography
http://photobucket.com/yonphotography

Saturday, November 22, 2008

Wedding Receiption of Khatini and Saiful

Pasangan: Khatini dan Saiful
Lokasi: Keramat










Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer
Yon Photography
Tel: 018-2250208
Website: http://rightclickers.webs.com
E-mail: yon.photographer@gmail.com
Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography
http://photobucket.com/yonphotography

Saturday, November 15, 2008

Wedding Receiption of Liza and Azman

Pasangan: Liza dan Azman
Lokasi: The Gossip, Bdr Tasik Selatan









Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer
Yon Photography
Tel: 018-2250208
Website: http://rightclickers.webs.com
E-mail: yon.photographer@gmail.com
Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography
http://photobucket.com/yonphotography

Sunday, November 9, 2008

Outdoor@Serdang and Putrajaya

9 Nov 2008 - Hujung minggu yang takde aktiviti. Sejak aku dapat tag along bersama kawan UM dulu, Afdhal@D'Martoza..aku dah jadi macam gian lak nak amik gambar. Kena plak minggu tu takde sesapa antara Afdhal atau Dboy..takde job wedding. Jadi aku telah buat satu tawaran pada sorang kawan aku ni...Noorasyikin@Ekin, untuk menjadi model atau subjek aku dlm sesi fotografi outdoor. Tengok-tengok dia setuju. Apa lagi, aku pun suka riang dan gembira la. Tapi tak tunjuk la kat Ekin tu. Aku pun menyampaikan berita gembira ni pada kawan aku Dboy n abang ipar dia, Rahmat. (Sorry Afdhal, aku tak sempat nak ajak ko..agak2 last minit gak plan ni pun. Next time kay) Kita orang pun set berjumpa kat MAEP, Serdang. Mesti ada yang tak tau kan MAEP tu kat mana. MAEP tu ialah nama tempat untuk MAHA dilangsungkan..dekat je dgn MARDI dan UPM Serdang tu. Bila sampai je semua hujan pun start turun. Alhamdulillah, hujan rahmat tu. Kita org pun lepak la di persekitaran tu selepas aku bawa dia org ronda2 dlm MAEP tu. Mana la tau kot ada lokasi yang menarik untuk amik gambar.

Tp disebabkan hujan lebat, kawan2 aku ni tak nampak apa2. Jadi mereka pun tak minat nak amik gambar kat MAEP. Dboy cadang nak gi tgk kat ladang lembu UPM. Aku pun bawa la depa pi sana (ops, terkeluar loghat utara lak). Tp kita org takleh masuk sbb kunci. Hari Ahad konfem la tutup kan. Jadi, kita org shoot kat luar je dgn berlatar belakangkan pokok besar yang lawa ciptaan Allah s.w.t.

Dah puas je bergambar kat luar pagar ladang UPM tu, kita pecut gi...makan tghari kat Nasi Bariani Gam Putrajaya. Sbb lapar dah sgt, mmg tak sempat nak amik gambar tgh makan atau lauk yg kita org makan. Hehe. Boleh tahan gak harga dia. Huhu.

Lepas makan, terus gerak gi Putrajaya. Kita org park kat depan Masjid Putrajaya. Mak aih, ramai betul umat..dan ramai gak yang bergambar :) Kita org mulakan Roundabout besar dpn Mahligai Putrajaya.




Lepas tu kita orang turun ke Souk pula. Masa ni aku rasa ada satu event besar telah berlangsung. Membe aku plak jumpa Misya Omar kat situ. Esoknya bila aku cek kat internet, rupanya ada pertandingan luncur air. Patut la ramai kan.

Macam mana kita orang leh tak perasan. Cuba korang tengok kat gambar bawah ni. Ni kat dlm lif Souk..ada poster fasal acara tu. Aku tgk dlm gambar ni baru ler perasan. Hehe.

Sebelum nak bergerak ke jambatan Putrajaya yang cun melecun tu, tetiba aku dapat call dari Kak Suzy. Aku pun angkat la..terus dia tanya.." Ko watpe kat Putrajaya?". Aik, camna lak dia leh tau ni. Mesti ada kat sini. Akak tu pun terus bgtau aku suruh tgk kat belakang. Ler, tgh berpiknik tanpa husband rupanya. Dia dgn kawan dia bawa anak2 berpiknik kat Putrajaya. Apa lagi, aku pun sempat amik gamba anak dia. Aku suka tgk rambut anak dia yang original curly tu.
Akhirnya sesi fotografi ni berakhir pada pukul 9.00 malam kat bangunan depan Mahkamah yang ada Maybank tu.


Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer

Yon Photography

Members of Right Click
Tel: 018-2250208
Website: http://rightclickers.webs.com
E-mail: yon.photographer@gmail.com

Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography