Sunday, August 3, 2008

Mandi manda di Sungai Sendat


3 Ogos 2008 - Aku baru je berjinak-jinak dengan satu forum ni kat internet. Selalu la gak post macam-macam kat dlm forum tu. Tgk2 dia orang nak buat gathering kat Sg. Sendat. Kata mereka kat Sg Sendat ni ada air terjun..tu yang aku pun semangat nak ikut sama tu. Jadi, pakat lah ramai2 pergi ke sana. Pagi tu dlm kul 8pagi, aku dah terpacak kat Petronas Precint 16..tunggu Tengku Basri yang aku tak pernah pun jumpa live. Cuma chat dlm forum je. Orangnye agak cool dan bersuara kecik. Dia pulak tak lokek orangnya..siap belanja aku makan sarapan pagi lagi. Tengkiu Tengku Basri. Sembang punya sembang..rupanya dulu belaja kat satu Universiti dgn aku. Kira dia junior aku.


Rupa2nya Sg Sendat ni cuma atas sikit aje dari Ulu Yam Baru. Kira senang citer, kalu korang ikut dari jalan Batu Caves tu...nak ke Batang Kali. Nanti bila dah lepas aje dari Ulu Yam Baru, korang akan sampai kat jambatan kecik simpang tiga. Kalu amik kiri akan ke pekan Batang Kali. Kalu ke kanan, ke Sg Sendat. Sama la tanda jalan dia macam kat gambar tu. Konvoi banyak gak la kete masa tu. Ada dalam 6 biji kete tak silap aku. Membe yang paling jauh datang ialah dari Johor. Sanggup tu beb..cayalah.

Sampai aje kat Sg. Sendat, ramai plak yang segan nak terjun terus. Eleh, malu2 plak. Aku plak dpt menggunakan kamera D60 yang baru dibeli oleh Elly. Katanya dia tak minat nak amik gamba sebenarnya, tapi lebih suka dia diambil gamba. Jadi, aku la jurufoto utk dia dgn meminjam kamera dia. Selamat la aku sempat pesan kat dia supaya bawa tripod, baru la aku pun bole selit masuk dlm gambar tu sekali ramai2.

Acara mandi manda ni berlanjutan sampai la ke petang. Ni lah pertama kali aku mandi sungai air terjun dari pagi sampai ke petang. Pergh...seronok sgt sebab ramai. Bila nak balik pula, ada sorang membe kita org kete dia overheat. Pakat ramai2 la tolong sampai lah dah tak bole nak tolong sebab dah tak bole start kete dia walaupun dah isi air kat radiator dan tolak beramai2. Pilihan terakhir, panggil tow truck towing kete dia sampai ke Shah Alam. Sian dia. Pendek kata, acara yang menyeronokkan dan korang semua memang 'rock'!!!

Mohd Faisol (Yon)
Junior Photographer
Yon Photography
Members of Right Click
Tel: 018-2250208
E-mail: yon.photographer@gmail.com
Photo Stock: http://www.flickr.com/photos/yonphotography